Skip to main content
Hit enter to search or ESC to close
Close Search
Lotus GroupLotus Group
Menu
  • Home
  • About Us
    • About Lotus Group
    • Vision and Mission
    • CEO & Founder’s Profile
    • Key Management
    • Corporate Structure
  • Our Businesses
    • Hospitality
    • Food and Beverage
    • Movies and Cinemas
    • Healthcare
    • Construction
    • Plantation
    • Convenience Store
    • Real Estate
    • Security
    • Technology
  • Media/CSR
  • Careers
  • Contact Us
Lotus Group

Highlight of 2021

  • April 16, 2021

Lotus Group akan menumpukan kepada empat sektor baharu dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, iaitu pembinaan, khidmat penjagaan warga emas, hospitaliti dan pertanian, sebagai sebahagian daripada fasa pertumbuhan baharunya, kata Ketua Pegawai Kewangan Karthiik Doraisingam.

Beliau berkata kumpulan itu yang beroperasi di sebalik rangkaian restoran India, pawagam dan pengedaran filem telah mula melabur dengan banyak dari segi kewangan, modal insan dan peralatan bagi  meneroka sektor-sektor ini sejak dua hingga tiga tahun ini.

Karthiik seterusnya menambah, pihaknya amat beruntung kerana atas hasil usaha itu, mereka mendapat pengiktirafan daripada para pelanggan untuk kerja dan penyampaian perkhidmatan kumpulan yang berkualiti.

“Perniagaan pembinaan kami telah berjaya mendapat beberapa pakej kerja awam bagi projek Transit Aliran Massa Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2) di Lembah Klang dan Projek Penambahbaikan Pantai Timur – Pakej C di Kelantan, masing-masing daripada kontraktor utama.

“Pada masa ini, kerja pembinaan sedang berjalan bagi kedua-dua projek berkenaan,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual yang diadakan di pejabatnya di Wisma Lotus di sini, baru-baru ini.

Karthiik kini sedang melakar fasa baharu untuk Lotus Group bersama-sama bapanya yang juga merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tan Sri Datuk R. Doraisingam Pillai.

Beliau berkata syarikat juga berhasrat untuk menempatkan kedudukannya sebagai penyedia khidmat penjagaan warga emas terkemuka di negara ini dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang.

Ia telah menubuhkan Lotus Care Premier Assisted Living di Petaling Jaya yang merupakan kemudahan empat tingkat yang dirancang khas dan khusus untuk penjagaan warga emas yang pertama di dalam negara, pada Julai 2019.

Beliau turut mendedahkan dalam masa terdekat, kumpulan merancang untuk membuka empat lagi pusat penjagaan warga emas Lotus Care di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, dan Johor.

Bagi sektor pertanian, Karthiik berkata syarikatnya telah memperoleh dua ladang berkeluasan melebihi 7,000 ekar (2,832,8 hektar) di Perak dan Negeri Sembilan yang diusahakan bagi pengeluaran komersial sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Beliau berkata pihaknya juga telah merancang untuk mengembangkan portfolio hospitaliti dan sedang meninjau dua atau tiga lokasi yang bersesuaian di negara ini.

Mengulas bagaimana Lotus Group mengekalkan perniagaannya di celah-celah penularan COVID-19, beliau berkata kumpulan telah mengambil beberapa langkah untuk menampan kesan pandemik itu, termasuk mendigitalisasikan operasi perniagaan bagi memastikan kesinambungan operasi dan memastikan kemampanan kewangan perniagaan dengan memperkemas dan mengurangkan kos operasi.

Mengenai rancangan pengembangan kumpulan di India, Karthiik berkata buat masa ini, pihaknya akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana India merupakan negara paling teruk dilanda pandemik COVID-19 .

“Bagaimanapun, jika ada peluang yang baik, Lotus Group terbuka untuk menilai peluang pelaburan,” katanya.

Source: BERNAMA

  • Previous Project
Share Tweet Share Pin
Lotus Group Logo White 02

HEADQUARTERS

Wisma Lotus, Lot 1A, Jalan 51A/223A, Off Jalan Utara, Kawasan Perindustrian Petaling Jaya, 46100 Petaling Jaya, Selangor D.E, Malaysia

© 2022 Lotus Group. All rights reserved.

Close Menu
  • Home
  • About Us
    • About Lotus Group
    • Vision and Mission
    • CEO & Founder’s Profile
    • Key Management
    • Corporate Structure
  • Our Businesses
    • Hospitality
    • Food and Beverage
    • Movies and Cinemas
    • Healthcare
    • Construction
    • Plantation
    • Convenience Store
    • Real Estate
    • Security
    • Technology
  • Media/CSR
  • Careers
  • Contact Us