KOTA TINGGI 8 Jun – Majlis Buka Puasa Bersama Lotus Desaru Beach Resort & Spa Sdn Bhd sekali lagi diberiahkan dengan kehadiran 150 golongan asnaf dikalangan ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan orang kurang upaya OKU dari sekitar kawasan Mukim Tanjung Surat Kota Tinggi di sini.
Majlis yang turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 400 para tetamu jemputan yang terdiri daripada pihak pengurusan Kumpulan Lotus, jabatan dan agensi kerajaan berhampiran, wakil dari hotel yang terdekat serta tetamu – tetamu yang diraikan.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Mohammed Thajudeen, majlis yang dianjurkan itu adalah bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim serta meraikan kemeriahan bulan Ramadan bersama komuniti dan anak-anak yatim di mukim ini.
Katanya, pihaknya sangat prihatin terhadap tanggujawab sosial korporat kepada golongan yang kurang berkemampuan agar dapat bersama-sama merasai kegembiraan di hari lebaran nanti.
“Ucapan terima kasih juga kepada Penghulu Mukim Tanjung Surat serta Pengetua Sekolah Menengah (SM) Sains Kota Tinggi dan Pengetua SMKA Bandar Penawar berganding bahu untuk menjayakan acara tersebut dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim.
Yang turut hadir, Pengerusi Lotus Desaru Beach Resort & Spa Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu; Ketua Pegawai Eksekutiff, Datuk R. Doraisingam Pillai dan Penghulu Mukim Tanjung Surat, Azmir Mad Razuki.
Source: mediatvkota