Skip to main content
Seri Wangi tau uoll mesti dah sibuk-sibuk shopping untuk beli baju raya dan pelbagai persiapan untuk menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Apa yang pastinya ramai yang bershopping di Kuala Lumpur, maklumlah di Kuala Lumpur hanyak pilihan kita nak membeli-belah. Biasanya tumpuan mestilah area Chow Kit Road, Jalan Tunku Rahman, Medan Tunku dan juga di Masjid Jamek. Untuk warga Kuala Lumpur memang tidak ada masalah kalau nak shopping tapi bukan saja orang KL jer yang nak shopping, orang luar pun ada juga yang sanggup ke KL hendak shopping bersama family, setahun sekalilah katakan.

Jadi bila dah bercadang nak datang ke Kuala Lumpur, pastinya uoll pasti akan mencari tempat menginap di sekitar Kuala Lumpur. Dulu Seri Wangi ada tugas di Kuala Lumpur dan terpaksa bermalam 1 malam dan tercari-cari hotel yang sesuai dengan bujet kita dan rasanya begitulah agaknya jika tibe-tibe jer kita terpaksa menginap di hotel tanpa dirancang sebabnya di Kuala Lumpur memang banyak terdapat hotel-hotel sekitarnya namun tidak dapat mencari yang sesuai.

LOTUS HOTEL KUALA LUMPUR
 
Jom ikut Seri Wangi ronda-ronda Kuala Lumpur dan mencari hotel penginapan yang mampu milik mengikut bajet uoll. Lebih-lebih time nak shopping Hari Rayakan mestilah ronda-ronda semua tempat satu hari pun tak cukup….haaaaa. Nak cari tempat makan pun senang, ada kemudahan pengangkutan awam seperti LRT/MRT/Bus Rapid dan juga Bus Free. Seri Wangi cadangkan uoll mencari tempat penginapan di tengah kota raya iaitu Lotus Hotel Masjid Jamek dan Lotus Hotel Medan Tunku.
LOTUS FAMILY HOTEL MASJID JAMEK
KUALA LUMPUR

Seri Wangi nak cite tentang Lotus Family Hotel Masjid Jamek Kuala Lumpur ni terletak di tengah-tengah ibu kota dan sangat strategik tempatnya, pasti uoll sukakan hotel ni sebab apa yang uoll nak semuanya ada di sini. Apa istimewanya Lotus Hotel Masjid Jamek Kuala Lumpur ni?

Hotel ni berdekatan dengan Station LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur. Jadi uoll boleh juga pegi shopping ke KLCC, Ampang, naik MRT ke Bukit Bintang ataupun Times Squre, Sogo semuanya boleh sebab station LRT Masjid Jamek penghubung kesemua station LRT Kelana Jaya dan MRT. Pengangkutan awam pun banyak seperti Bas Rapid, Bus GO KL City Bus (Free tambang), Texi dan Grab.

Berdekatan dengan tempat shopping di Masjid India di mana dari Hotel Lotus Masjid Jamek uoll boleh berjalan kaki sepanjang laluan Masjid India hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan banyak kedai-kedai serta Shopping Mall. Uoll mestilah sukakan?Banyak pilihan dan window shopping.

Oh lupa pulak dari Hotel ni jugak uoll boleh berjalan kaki jer ke Dataran Merdeka, Pasar Seni dan Petaling Street tempat shopping murah yang ramai orang suka berkunjung dan Seri Wangi selalu gak shopping kat Pasaraya Mydin…murah-murah gitu…

Nak cari tempat lepak-lepak, santai dan kedai makan. Jangan risau area Lotus Hotel Masjid Jamek memang banyak kedai-kedai makan yang uoll boleh cari, murah dan sedap dan lagi satu kalau tak cukup duit nak shopping, banyak bank-bank ada di situ…no problem.

Jom kita tengok bilik-bilik penginapan di Lotus Hotel Masjid Jamek yang sememangnya sangat selesa, service dan layanan dari staf-staf hotel yang terbaik dan mesra serta ada kemudahan Wifi, keperluan yang disediakan seperti Taxi, Van, City Tour atas permintaan.
Harga Bilik Penginapan
 
Standard Single – RMRM150 per night
Superior Single – RM170
Standard Double (no window)  –  RM200
Superor Double  –  RM270
Deluxe Double – RM250.00
Untuk tempahan dan pertanyaan:
WEBSITE
ALAMAT
 
Lotus Family Hotel
Masjid India
45, Jalan Melayu, City Centre
50100 Kuala Lumpur, WP
 
TEL: 03-26921881